Friday, 10 October 2014

3.3 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DI SAMPING PERKEMBANGAN BAHASA-BAHASA LAIN TIDAK DIHALANG

Salah satu daripada aspek-aspek utama dalam negara yang perlu dipatuhi sebagaimana yang dinyatakan dalam perlembagaan ppersekutuan Malaysia ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan disamping perkembangan bahasa-bahasa lain yang terdapat di Malaysia tidak dihalang. Bahasa Melayu ini berperanan sebagai bahasa perpaduan antara kaum di Malaysia. Perpaduan ini sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang terdapat dalam keluhuran perlembagaan menjamin keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Tanpa keharmonian ini, negara akan menjadi kucar-kacir dan musnahlah Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Di Malaysia, terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, kaum India dan kaum Cina. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara disini. Oleh sebab itulah Bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum mejoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Bagi merialisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ejen keharmonian negara, bahasa ini perlu digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman antara penduduk yang berbilang kaum di Malaysia.

Malaysia terkenal sebagai negara yang berbilang kaum dan begitu juga dengan kepelbagaian bahasa yang dipertutur oleh kaum-kaum tertentu. Sebagai contoh, kaum Melayu bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu, mejoriti kaum Cina bertutur dalam bahasa Mandarin dan kaum India pula menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi kaum-kaum Bumiputera yang lain pula, mereka bertutur menggunakan bahasa kaum mereka sendiri seperti kaum Sabah dan Sarawak mempunyai bahasa mereka sendiri. Bahasa Inggeris turut menjadi bahasa pertuturan kedua di Malaysia kerana seiring dengan keperluan kegunaan bahasa berkenaan sebagai bahasa Antarabangsa.

No comments:

Post a Comment