Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi yang berperanan memberikan perlindungan, hak dan keistimewaan kepada setiap orang yang menjadi warganegara. perlembagaan juga menggariskan tanggungjawab dan kewajipan setiap rakyat terhadap negara. Oleh itu, setiap rakyat dikehendaki menghormati dan memahami latar belakang sejarah dan kandungan perlembagaan tersebut.
Friday, 10 October 2014
2.0 OBJEKTIF
Malaysia ialah sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan agama. Mereka dapat hidup dalam keadaan aman damai dan saling menghormati atas kerjasama mereka yang saling memahami antara satu sama lain. Bak kata pepatah "bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat" yang boleh dikaitkan dengan perpaduan.
Objektifnya adalah untuk memupuksikap perpaduan dalam masyarakat yang boleh diusahakan melalui perayaan. Selain itu, negara dapat melahirkan masyarakat yang majmuk dengan adanya prinsip Keluhuran Perlembagaan. Seterusnya, prinsip ini dapat membentuk sebuah negarayang harmoni dan aman damai.
3.0 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Prinsip Keluhuran Perlembagaan menekankan supaya rakyat dapat menerima, mematuhi dan mempertahankan kemuliaan perlembagaan. Antara perkara asas dalam perlembagaan yang perlu dihormati dan dipatuhi oleh setiap warganegara adalah :
- Kedudukan kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera dalam sosioekonomi
- Agama Islam diiktirafsebagai agama rasmi sementara agama lain bebas diamalkan
- Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disamping perkembangan bahasa-bahasa lain tidak dihalang
- Hak asasi rakyat terjamin
3.1 KEDUDUKAN KAUM BUMIPUTERA DAN BUKAN BUMIPUTERA DALAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI TERJAMIN
Apabila wujudnya kaum di Malaysia iaitu seperti bumiputera dan bukan bumiputera ini, negara Malaysia diancam denga perbalahan yang sering didatangi oleh pelbagai kaum. Oleh itu, dengan wujudnya perpaduan kaum, maka sesebuah negara tidak mudah terdedah dengan berbagai-bagai ancaman.
Bangsa Melayu dan penduduk Sabah dan Sarawak dikatogerikan sebagai kaum bumiputera. Oleh itu, kedudukan mereka tidak mutlak dan ia diseimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain serta termasuklah hak-hak untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia mengikut peruntukan kewarganegaraan dalam perlembagaan dan hak-hak untuk menganuut agama masing-masing. Selain itu, hak untuk menggunakan bahasa ibunda merupakan ideologi yang paling penting terhadap semua individu serta mendapat layanan yang sama rata.
3.2 AGAMA ISLAM DIIKTIRAF SEBAGAI AGAMA RASMI SEMENTARA KEBEBASAN BERAGAMA DIJAMIN
Pada 26 April 2010, berdasarkan kepada Perkara 3(1) Perlembagaan, agama Islam diberi kedudukkan yang istimewa berbanding agama lain. Di samping itu, penganut-penganut agama lain bebas mempraktikkan dan mengamalkan agama mereka di Malaysia. Keistimewaan agama Islam telah diberi berbanding agama lain menunjukkan bahawa kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukkan agama Islam tidak boleh dipertikaikan kerana peruntukannya hasil permuafakatan pemimpin-pemimpin negara dan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama semasa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Selain itu, kedudukan Islam yang istimewa ini juga telah diambil kira dengan unsur-unsur tradisional penduduk asal Tanah Melayu yang ratusan tahun telah mempertahankan agama Islam. Contohnya, orang-orang Melayu telah menganut agama Islam di Tanah Melayu pada ratusan tahun terdahulu. Undang-undang Islam telah dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka yang telah diperkenalkan. Oleh yang demikian, tidak hairanlah mengapa Islam menjadi agama Persekutuan
Seterusnya, pengamalan agama bebas di Malaysia, semua agama boleh diamalkan di seluruh Malaysia seperti di semua negeri dan daerah serta ditempat-tempat awam. Agama mesti diamalakan dalam keadaan aman dan damai dan bukan dengan cara menganggu atau mengancam rakyat lain. Selain itu, semua penganut agama dilindungi daripada perbuatan orang yang tidak bertoleransi seperti menghina agama lain yang dilarang oleh seksyen 298 kanun keseksaan.
Hak menganut agama tiada paksaan atau mewajibkan mengamalkan agama lain, setiap kaum bebas mempunyai agama tersendiri yang sesuai dengan kepercayaan mereka serta agama kanak-kanak bergantung kepada ibubapa mereka. Mereka berhak mengistiharkan agamanya samada secara lisan atau dengan tanda agamanya sendiri. Menjalankan ibadah keagamaan secara sendiri atau berkumpulan juga tidak dilarang.
3.3 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DI SAMPING PERKEMBANGAN BAHASA-BAHASA LAIN TIDAK DIHALANG
Salah satu daripada aspek-aspek utama dalam negara yang perlu dipatuhi sebagaimana yang dinyatakan dalam perlembagaan ppersekutuan Malaysia ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan disamping perkembangan bahasa-bahasa lain yang terdapat di Malaysia tidak dihalang. Bahasa Melayu ini berperanan sebagai bahasa perpaduan antara kaum di Malaysia. Perpaduan ini sangatlah penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang terdapat dalam keluhuran perlembagaan menjamin keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Tanpa keharmonian ini, negara akan menjadi kucar-kacir dan musnahlah Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Di Malaysia, terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, kaum India dan kaum Cina. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai penduduk melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara disini. Oleh sebab itulah Bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum mejoriti penduduk. Bahasa ini wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Bagi merialisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ejen keharmonian negara, bahasa ini perlu digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman antara penduduk yang berbilang kaum di Malaysia.
Malaysia terkenal sebagai negara yang berbilang kaum dan begitu juga dengan kepelbagaian bahasa yang dipertutur oleh kaum-kaum tertentu. Sebagai contoh, kaum Melayu bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu, mejoriti kaum Cina bertutur dalam bahasa Mandarin dan kaum India pula menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi kaum-kaum Bumiputera yang lain pula, mereka bertutur menggunakan bahasa kaum mereka sendiri seperti kaum Sabah dan Sarawak mempunyai bahasa mereka sendiri. Bahasa Inggeris turut menjadi bahasa pertuturan kedua di Malaysia kerana seiring dengan keperluan kegunaan bahasa berkenaan sebagai bahasa Antarabangsa.
3.4 HAK ASASI RAKYAT DIJAMIN
Pada tahun 1995, Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen perundangan utama Malaysia telah didrafkan oleh sebuah Jawatankuasa kerja yang dianggotai oleh perwakilan British, penasihat-penasihat Majlis Raja-raja dan ketua-ketua ahli politik. Draf tersebut telah dikemaskini oleh Suruhanjaya Reid yang membawa kepada kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Hak asasi manusia telah disenaraikan di dalam Bahagian II Perlembagaan Malaysia dan mempunyai sembilan fasal.
Antara Contoh Hak Asasi Rakyat :
1. Hak untuk hidup, kebebasan dan keselamatan diri terjamin
2. Bebas daripada diperhambakan
3. Hak untuk menuntut keadilan di mahkamah
4. Bebas daripada ditangkap dan dipenjarakan tanpa sebab
5. Hak bebas bergerak dan bermaustatindi dalam negara sendiri
6. Hak menjadi rakyat dalam sesebuah negara
7. Kebebasan kepercayaan dan agama
8. Hak berhimpun secara aman dan persatuan
9. Hak mengambil bahagian dalam kerajaan, mengundi dan menggunakan kemudahan awam
10. Hak mendapat pendidikan
Secara dasarnya, Perlembagaan Persekutuan telah menjadi rujukan utama kepada hak asasi rakyat di Malaysia. Kewujudan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dilihat sebagai satu institusi penting dalam mempromosikan pendidikan hak asasi manusia kepada rakyat Malaysia. Ini bertujuan agar masyarakat di luar bandar dapat memahami hak-hak mereka.
4.0 PENGAJARAN DAN KESAN DARIPADA KONSEP KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Terdapat banyak pengajaran dan kesan yang telah kami perolehi hasil daripada penulisan yang telah kami jalankan ini. Pengajaran dari kesan daripada penulisan ini sangat sesuai untuk dijadikan pedoman serta panduan bagi seluruh rakyat di negara Malaysia agar konsep keluhuran Perlembagaan ini dapat menjamin keharmonian serta perpaduan yang utuh serta erat dalam kalangan masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia ini.
Antara pengajaran yang telah kami perolehi daripada hasil penulisan ini ialah kita perlulah mengamalkan konsep bertolak ansur sesama anggota masyarakat. Sikap tolak ansur ini perlu diperkukuhkan agar ketenteraman dan kemakmuran negara serta kaum dapat dijalankan dengan lebih erat lagi.
Kesan yang kami perolehi daripada hasil penulisan ini ialah keharmonian dan perpaduan antara kaum dalam masyarakat majmuk di Malaysia terjamin dan tidak tergugat dengan pelbagai anasir jahat yang datangnya dari luar. Oleh itu, penghayatan yang kukuh terhadap konsep Keluhuran Perlembagaan oleh masyarakat di Malaysia perlu ada dalam diri setiap warganegara Malaysia.
5.0 KESIMPULAN
Prinsip ini menekankan bertapa perlunya rakyat Malaysia menerima, mematuhi serta mempertahankan keluhuran dan kemuliaan Perlembagaan Negara dengan sebaik mungkin. Seterusnya, kita seharusnyatidak merendah-rendahkan agama kaum-kaum lain. Cadangan yang boleh dibuat daripada kesimpulan ini ialah kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menghormati, mengamalkan serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.
6.0 RUJUKAN
i. Mardiana Nordin, Hasanah Hussin (2014), Pengajian Malaysia, Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
ii. Ruslan Zainuddin, Mohd. Mahadee Ismail, Zaini Othman (2005), Kenegaraan Malaysia Edisi Kedua, Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
iii. Asnarulkhadi Abu Samah, Jayum A. Jawan (2013), Kenegaraan Malaysia, Selangor Darul Ehsan : Sepantas Kurnia (M) Sdn. Bhd.
v . Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan. http://ziraanjungbahasa.blogspot.com
7.0 LAMPIRAN
Logo Perlembagaan Malaysia
Contoh keratan akhbar
contoh buku Undang-undang Malaysia
contoh jadual Hak Keistimewaan Melayu/Bumiputera
Subscribe to:
Posts (Atom)